Dapat tugasan menulis tentang Rose Face Serum Zeeta yang cukup mencabar

Dapat tugasan menulis tentang Rose Face Serum Zeeta yang cukup mencabar

Tugasan terbaru yang saya terima adalah menulis mengenai produk kecantikan yang diberi nama Rose Face Serum Zeeta.

 

Sejak saya mula menulis secara aktif, sama ada di blog mahupun di media sosial, seboleh-bolehnya saya akan cuba elakkan daripada menulis tentang produk kecantikkan.

 

Bukannya saya tak mahu atau sengaja untuk tolak, sebaliknya saya tak berapa pandai nak tulis pasal produk dalam niche tersebut.

 

Kalau nak saya menulis dalam niche perniagaan, pemasaran, atau motivasi, In Shaa Allah itu saya boleh lakukan.

 

Walaupun begitu saya sedar, niche kecantikkan adalah satu niche yang menjanjikan pulangan yang cukup lumayan.

 

Cuba anda lihat dan saksikan sendiri, betapa ramai usahawan yang menceburkan diri dalam bidang kecantikkan, telah berjaya menjadi “orang kaya segera” hanya dengan menjual produk-produk kecantikkan.

 

Ini bermakna, jika kena dengan caranya, kita memang boleh buat duit dalam niche ini.

 

Oleh itu, saya tak bolehlah asyik nak elak daripada menulis tentang produk dalam niche ini. Sebab tu, saya sahut cabaran untuk menulis tentang produk bernama Rose Face Serum Zeeta ini.

Rose-Face-Serum-ZEETA

Serum yang diberi nama Rose Face Serum Zeeta ini sebenarnya telah berada di pasaran sejak dua atau tiga tahun lepas.

 

Produk ini juga sebenarnya telah melalui proses penjenamaan semula dan dipertingkatkan lagi formulanya.

Macam yang sekarang ni, Rose Face Serum ini didatangkan dengan botol berwarna merah. Kalau yang lama, botol dia kaler putih, seperti yang anda boleh lihat kat bawah ni.

rose-face-serum-zeeta-serum-mawar

Awal-awal produk ini diperkenalkan, ia dipopularkan sebagai produk anti aging.

 

Rose Face Serum Zeeta semburan yang menghilangkan jerawat, jeragat dan kesan parut jerawat

Dengan formulasi terkini, produk ini dijenamakan semula supaya lebih dekat dengan masalah pengguna.

 

Macam sekarang ni, apa masalah yang paling biasa di alami oleh masyarakat kita, sama ada yang masih remaja atau yang telah dewasa?

 

Jawapannya, sudah tentu masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan kesan-kesan parut jerawat. Masalah-masalah seperti ini sememangnya dapat merendahkan motivasi dan keyakinan seseorang itu.

 

Jadi, daripada fokus kepada anti aging, lebih baik dijenamakan semula sebagai produk yang dapat menyelesaikan masalah jerawat dan kulit bermasalah.

 

Apa sebenarnya yang terkandung dalam Rose Face Serum Zeeta?

Setiap botol Rose Face Serum Zeeta ini mengandungi pelbagai khasiat seperti berikut

(1) Vitamin E

Fungsinya adalah untuk menghalang radikal bebas (free radicals) yang banyak di udara dari merosakkan kulit kita. Vitamin E juga di sebut sebagai anti oxidant.

 

Apabila kulit kita ni terdedah kepada radikal bebas, ia menyebabkan berlakunya proses penuaan pada kulit. Sekiranya kita boleh lawan free radicals dari kulit, kita boleh mengurangkan kesan kedutan dari berlaku dengan cepat dan jaga sel kulit muka agar sentiasa kelihatan muda.

 

Sebab tu ada pengguna serum ini yang guna secara kerap dah boleh nampak kesan kedutan pada kulit mula hilang.

 

Dengan adanya khasiat ini, serum mawar ini masih lagi memberi kebaikkan anti aging kepada penggunanya.

 

(2) Vitamin C

Seperti Vitamin E, vitamin C ini juga kaya dengan anti oxidant. Namun, vitamin C mempunyai peranan untuk mengaktifkan sel muka dan menghasilkan collagen, iaitu molekul penting untuk kulit yang sihat.

 

Pengambilan vitamin C selalunya sama ada dengan cara kita makan atau sapu pada kulit. Hasilnya ia akan merangsang kulit untuk menghasilkan collagen.

 

Vitamin C ini juga penting sebab dia yang akan merawat kesan ultraviolet (uv). UV ni yang akan rosakkan kulit muka, istilahnya photodamage. Photodamage ni merujuk kepada kerosakkan yang biasa berlaku pada kulit disebabkan oleh pendedahan kepada sinar UV.

 

Biasa kita dengar orang makan kolagen kan? Sebenarnya, cara yang lebih baik adalah kita makan vitamin C atau sapukan vitamin tersebut pada bahagian yang kita mahukan. Biarkan kulit menghasilkan kolagen secara natural.

 

(3) Omega 3

Kulit mmg perlukan asid lemak (fatty acid) macam omega 3 bagi mengekalkan kelembapan, normalkan pengeluaran minyak dan untuk maintain keanjalan kulit.

 

Sama seperti vitamin C, Omega 3 turut memainkan peranan penting untuk melindungi kulit dari kesan photodamage dan kesan sunburn. Kesan sunburn ni dipanggil “inflammatory skin response”. Lebih kurang macam kesan terbakar apabila kulit terkena minyak panas.

 

Ataupun bagi mereka yang biasa berjemur ditengah panas, juga akan alami kesan ini.

 

Omega 3 dalam minyak ikan yang kita makan, akan pergi ke hati, di proses dan barulah akan ke kulit untuk fungsi yang sama. Sebaliknya, Omega 3 yang kita sapukan pada kulit akan pergi ke bahagian sasaran dengan lebih cepat.

 

(4) Omega 6

Omega 6 ni kaya dengan linoleic acid, dan ianya ringan serta nipis rasa minyaknya. Peranan dia adalah untuk menyuburkan kulit tapi tak rasa berat berminyak.

 

Omega 6 ni berperanan untuk mengekalkan fungsi kulit sebagai pelindung muka kita dan mengurangkan sel kulit dr mengelupas. Orang yg ada masalah jerawatkebiasaannya disebabkan oleh kurang linoleic acid. Ini yang menyebabkan muka dia kurang keupayaan “melindungi” dan kulit jadi senang di serang bahaya dr uv dan toxic udara.

 

Testimoni pengguna Rose Face Serum Zeeta

Baiklah, mungkin anda berminat nak tau, apa lagi feedback dari pengguna Rose Face Serum Zeeta 2017 ini.

 

Lihat pada screenshot dibawah ni.

(1) Rose Face Serum ini digunakan untuk merawat kesan parut 

kesan-menggunakan-rose-face-serum-zeeta

 

(2) Rose Face Serum Zeeta dapat hilangkan parut  

rose-face-serum-zeeta-hilangkan-parut

 

(3) Yang ada masalah kulit menggelupas pun boleh pakai serum ni. 

Rose-Fac-Serum-ZEETA-testimoni-pengguna

 

(4) Lihat perubahan sebelum dan selepas apabila guna serum rose ini 

zeeta-rose-face-serum

Itulah antara testimoni daripada pengguna serum ini yang dapat saya kongsikan. Sebenarnya memang ada banyak lagi testimoni, tapi biarlah.

 

Anda kalau nak tengok testimoni boleh ke fanpage Rose Face Serum Zeeta ni.

 

Kat mana nak dapatkan produk Rose Face Serum Zeeta 2017 ini?

Jika anda minat nak dapatkan produk ni, ada beberapa laman web yang jual produk ni, antaranya ialah

(1) Lazada Malaysia 

rose-face-serum-zeeta-di-lazada

Untuk pembelian dari Lazada, boleh klik link ini.

 

(2) Denaisell

(3) Web Rasmi Zeeta

 

Baiklah, itulah dia yang saya nak kongsikan tentang Rose Face Serum Zeeta ni. Thanks kerana sudi baca.

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s